Khamis, 14 Julai 2016

Kelas Kokurikulum Minggu Ke 2 ( 11/6/2016 - 14/6/16 )



Ini adalah video PdP Kelas Kokurikulum pada 11 hingga 16 Jun 2016 bertajuk pembinaan kertas kerja bagi program kokurikulum. Kelas ini dilaksanakan pada jam 7.30 pagi dan 2.30 petang pada hari Khamis di bilik JPP ( Perpustakaan KMSw ). 

Objektif PdP dapat dicapai dengan jayanya kerana para dapat membuat kertas kerja berdasarkan format yang diberi. Pelajar membuat kertas kerja ini dengan berpandukan contoh kertas kerja yang dimuat turun di Portal E-Pembelajaran Kolej Matrikulasi Sarawak.
Semasa kertas kerja ini dibina pelajar membahagikan tugas masing - masing. Semangat berpasukan ditonjol oleh pelajar semasa membuat kerja ini. Malah kepimpinan ketua terselah pada salah seorang pelajar dengan membahagikan tugas - tugas masing kepada rakan. 


Di tulis oleh: 
Mohd Azri Abdul Jalil 
Pensyarah Kolej Matrikulasi Sarawak

Blog digunakan untuk menyimpan bahan bergambar Unit kokurikulum KMSw serta bahan penulisan untuk rujukan secara online bagi unit ini.